Sunday, 22 November 2009

PELAN SARJANA

PELAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK



Kelebihan:
Jaminan simpanan dan perlindungan.




Ibubapa tidak perlu risau tentang masa depan anak-anak. Simpanan yang ada mampu untuk membantu ketika anak-anak hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kos pendidikan yang kian meningkat dan keperluan bahan pembelajaran sering kali membuatkan ibubapa tertekan. Jikalau diwaktu ini kos untuk masuk universiti telah mencecah RM 27,000, bayangkan kos pendidikan 10 tahun, 20 tahun akan datang?



Sudahkah anda bersedia untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak anda?

Merancang awal dengan menyimpan demi masa depan anak-anak anda.



Pelan Sarjana menawarkan:



1-Perlindungan (Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan) bermaksud:

Sekiranya anak ditakdirkan meninggal atau lumpuh seumur hidup, anak-anak kita akan mendapat sejumlah wang yang kita insuranskan untuk mereka. Sekurang-kurangnya wang tersebut boleh menampung perbelanjaan rawatan mereka. Dikala itu, kita sebagai ibubapa perlu membuat keputusan terbaik untuk masa depan anak-anak.

Persoalan: Adakah kita bersedia menghadapi situasi yang buruk? Kita tidak mengharapkan kecelakaan tetapi kita merancang masa depan terbaik untuk mereka.

Sebagai contoh: Jumlah Perlindungan untuk bayi yang berumur 1 tahun(next year birthday), dengan bayaran RM100 sebulan, akan mendapat lebih kurang RM90,000 jika berlaku seperti situasi di atas. Walaupun baru 2 bulan membayar polisi.

2-Manfaat Hospital bermaksud:

Sepanjang tempoh polisi insuran berlansung, sekiranya anak-anak dimasukkan ke wad atas sebab-sebab kesihatan, sebagai pemegang polisi kita boleh menuntut Manfaat Hospital. Contohnya anak-anak dimasukkan ke wad atas sebab seperti demam, denggi, dsb.

Sebagai contoh: Sekiranya Manfaat Hospital yang dipersetujui adalah RM100, bermaksud 1 hari berada di wad, pemegang polisi boleh menuntut sejumlah RM100. Tuntutan sebegini boleh meringankan beban atau tujuan rawatan.

3-Manfaat Pembayar bermaksud:

Sekiranya berlaku kecelakaan terhadap pembayar polisi anak-anak, seperti meninggal dunia / TPD (total Permanent Death) / Penyakit Kritikal, polisi insurans masih berjalan dan pihak Takaful akan menyambung polisi sehingga ia matang.

Ini akan menjamin masa depan anak-anak walau kita sudah tiada.

4-Anugerah Pendidikan

Untuk menghargai anak-anak yang cemerlang:


Anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR -5A : Dianugerahkan RM500

Anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR - 8A : Dianugerahkan RM750

Anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM : Dianugerahkan RM1000









No comments:

Post a Comment